Setelah sebulan dalam tahun 2011, terasa masa begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar juga tahun ini merupakan tahun akhir pengajianku di peringkat Ijazah. Walaupun tidak cemerlang sangat tapi ianya tetap membanggakan dengan CGPA 3.47 dengan 3 subjek yang belum diketahui resultnya lagi. Aku hanya menunggu untuk satu subjek lagi dan menyiapkan kajian tindakan yang kini sudah berada di bab 4. Aku puas dengan semua kesibukan dalam masa empat tahun kebelakangan ini walaupun kadang-kadang terasa 7 hari seminggu itu belum mencukupi buat diriku.
Anak-anak muridku juga sentiasa aku suntikkan semangat agar mereka tidak terlambat atau terlewat seperti aku dalam meneruskan perjuangan untuk menggapai cita-citaku. Dalam menjalankan tugas yang serentak iaitu sebagai guru dan dan pelajar sememangnya merupakan cabaran yang sangat hebat. Hanya mereka yang kuat semangat boleh mengambil cabaran ini dan aku merasa kagum dengan rakan-rakan seperjuanganku yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah dan sekarang ada juga yang telah tamat dan sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana. Syabas untuk semua yang telah berjaya!
Perjalanan masa dari setahun ke setahun juga kian meningkatkan usia dan kematangan kita dalam meneruskan kehidupan ini. Oleh itu kewarasan, kestabilan dan keseimbangan mental haruslah sesuai dengan peningkatan usia ini agar kita sentiasa dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan positif.
Walau apapun yang sedang kita lalui kini, secara kesimpulannya kita haruslah sentiasa meningkat motivasi diri sendiri agar kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik dari semalam kerana yang demikian itu adalah ciri-ciri orang yang berjaya. Dalam mengamalkan tanggungjawab terhadap agama juga, kita haruslah sentiasa memperbaiki amalan yang mungkin selama ini kurang sempurna, meningkatkan amalan yang selama ini mungkin agak berkurangan, menambahkan kekusyu'kan yang sebelum ini mungkin selalu terganggu dengan bisikan-bisikan syaitan dan lain-lainnya.
Akhir kata, doa dariku buat semua rakan-rakan agar sentiasa mendapat rahmat, hidayah dan perlindungan daripada Allah SWT selalu.