Wednesday, August 13, 2008

DERMA IKHLAS

Dua hari yang lalu telah berlaku satu peristiwa yang aku tak pasti samada pukau atau terpedaya. Sedang aku duduk ralit berbual-bual mengenai jawapan murid-murid dalam ujian bulanan yang sedang dijalankan, tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu salam dari seseorang yang asing. Memang dia orang asing pun. Mukanya macam Arab/Pakistan. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Haji Abbas yang baru pulang mengerjakan haji dan umrah dari Mekkah. Dia menghulurkan dua cenderhati setiap seorang. Hadiah dari tanah Mekkah katanya. Hadiah itu berbentuk tulisan ayat suci di atas daun kayu koka (aku tak pasti nama sebenarnya tapi itulah nama pokok kayu yang digunakan untuk membina bahtera nabi Nuh A.S) dan CD hiasan. Katanya lagi, ayat quran tak boleh dijual, haram....haram...!

Kami berempat semuanya menerima hadiah itu tanpa ragu-ragu. Setelah itu dia memberitahu tujuannya ialah untuk meminta derma bagi membantu maahad tahfiz dan juga rumah anak-anak yatim di Pakistan. Kami semua pun terus mengambil dompet masing-masing untuk mengeluarkan derma kepadanya. Kebetulan dalam dompetku hanya terdapat sekeping not RM50 dan beberapa keping not RM1. Lantas aku mengira-ngira untuk menghulurkan RM5 kepadanya. Seorang rakanku menghulurkan sekeping RM10 kepadanya, tetapi dia memohon agar memberi RM20 kepadanya. Tanpa bersoaljawab rakanku mencukupkan RM20 dan menghulurkan kepadanya.

Hatiku menjadi gelabah dengan suasana itu, aku seperti ingin mempersoalkannya, tetapi kawanku seorang terlebih dahulu berkata kepadanya: " Tadi kata derma ikhlas, tapi kenapa mintak RM20?", dia pun berkata "I can't speak malay". Memang bahasanya agak bercampur-campur antara arab, inggeris dan melayu tapi aku tak pasti samada bohong atau buat-buat tak faham tentang soalan rakanku itu. Tapi rakanku itu juga menghulurkan RM20 kepadanya tanpa bertanya apa-apa lagi. Diikuti oleh rakanku yang ketiga dan seterusnya aku (aku terpaksa meminjam wang daripada tabung muridku untuk mencukupkan RM20. Sebenarnya di sudut hatiku macam nak bertanya lagi tetapi memandangkan ketiga-tiga rakanku menghulurkan wang tanpa banyak soal jadi niatku terpendam begitu sahaja.

Setelah menerima duit daripada kami, dia pun membacakan doa untuk kami semua dan kami pun menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibacakannya.

Setelah orang itu beredar, rakanku bertanya padaku: "Kak Zu, kita dah kena pukau ke?"

Aku menjawab: "Ntah, rasanya macam tidak. Tapi kenapa kita tak persoalkan dia tadi hah?"

"Biasanya Kak Zu kan suka cakap banyak, tapi kenapa tadi Kak Zu diam je?"

"Aku nak tanya banyak-banyak nanti aku takut korang cakap aku berkira-kira pulak nak hulur derma" Jawabku selamba. Tapi dalam hati aku macam tak sedap rasa.

Sebelum balik pada hari itu, rakanku datang berjumpa aku dan menceritakan bahawa orang itu adalah penipu dan ramai rakan-rakan yang berada di bilik-bilik yang lain pun terkena dengannya. Tetapi kebanyakannya RM10 sahaja sebab mereka hanya ambil satu hadiah. Yang mengesahkan orang itu menipu ialah kerana dia makan dengan sebanyak-banyaknya di kantin dan siap bungkus air dan nasi dengan lauk yang banyak juga tanpa memberitahu apa-apa pada tuan kantin dan menyebut "halal..halal..halal..." dan terus pergi.

Setelah pulang ke rumah, aku menceritakan peristiwa itu kepada suami. Rupanya orang itu pergi ke sekolahnya tetapi nasib baik tiada orang yang melayannya kerana masing-masing telah diingatkan oleh guru besarnya akan penipuan-penipuan seperti itu.

Aku masih berharap agar dia bukan seorang penipu dan moga-moga dermaku yang sedikit itu benar-benar memberi manafaat kepada orang yang memerlukan....

2 comments:

*Mawar Nafastari* said...

wah, blog dia dah makin maju..

em derma ikhlas? ikhlas ke kalau dia memaksa kita memberi lebih dari apa yang kita nak beri?.. kalau saya di tempat akak pun, saya agak curiga, kenapa perlu meminta jumlah derma sedangkan derma itu seharusnya ikhlas dari hati si pemberi..

ntahla.. mudah2an diberi pahala kerana niat menderma itu..

Hartini Omar said...

ikhlas, blog kak makin indah dan berjaga. tahniah! sweet layout. macam sesuai dengan orgnya ;)