Tuesday, October 14, 2008

Jiranku

Aku tak faham kenapa jiran di hadapan rumah sewaku ini suka sangat membuat aktiviti yang membingitkan telinga di waktu malam. Kadang-kadang aktivitinya bermula sebelum maghrib, kadang-kadang seiring dengan alunan azan maghrib dan kadang-kadang setelah aku masuk tidur.

Antara aktivitinya ialah yang paling digemari ialah menebas semak samun di tepi rumahnya. Aku tak kisahlah dengan aktiviti yang baik ini walaupun dilakukan ketika maghrib kerana ianya taklah bising sangat kecuali suara mak cik itu yang suka memanggil-manggil anak dan menantunya supaya menolong. Pak cik itu pulak suka membaiki apa-apa yang rosak dengan menggunakan tukul seperti memaku dinding, zink, papan dan sebagainya. Tapi yang paling aku tak puas hati, anaknya itu suka membaiki kereta dan menekan minyak dengan sekuat-kuat hatinya tanpa memikirkan orang lain walaupun jam 12 tengah malam. Kalau sekali aku boleh maafkan tetapi kalau sampai anak-anak kecil jiranku yang lain pun turut terjaga dan menangis-nangis kerana terkejut, aku rasa itu sudah melampau.

Pernah sesekali aku terasa ingin menegur perbuatannya, tetapi bimbang tidak diterima dan mengeruhkan suasana. Sebenarnya aku pun taklah rapat sangat dengannya memandangkan keadaan kami semua yang bekerja dan hujung minggu pulak memang semuanya pulang ke kampung...Aku hanya berdoa agar mereka sekeluarga dapat mengubah cara mereka bekerja dan tidak mengganggu malam-malam yang tenang bagi orang lain....

3 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudari WS ZURIATI,

Maaf, saya sekadar menjengah di blog saudari. Ya, betul tu, sama2 lah kita berdoa supaya jiran saudari tu dpt mengubah cara mereka bekerja & juga cara hidup mereka. Moga mereka dibukakan pintu hati & celik agar agar mereka dpt menyelami hati & perasaan org lain di sekeliling mereka. Tapi, jika mereka masih lagi biadap & kurang sopan, apa kata saudari pakat dgn jiran2 lain- pi belasah je diorang tu sekoq-sekoq...biaq depa reti skit, jgn dok ikut sedap hati depa je..hati & perasaan org lain depa tak pikiaq. Kalau jiran2 lain tu takut nak berpakat dgn saudari utk belasah depa tu, ajak je saya..biaq saya belasah depa cukup2...hahaha!

Wassalam:-)

Hartini Omar said...

kak,
-doa je tak memadai. apa kata akak cuba menegur anak muda yg suka baiki kereta tu dulu. sebab sy rasa, dia juga tentu lebih muda dr akak, jadi tentu lebih molek akak menegurnya

maksud teguran ni, bukanlah dgn jalan marah atau tengking atau perli. tp dgn cr hikmah. berbual la dgn bertanya apa kena dgn keretanya, atau lebih molek ini dilakukan saja oleh suami akak. dan kemudian boleh mencadangkan agar dia membaiki kereta di waktu2 yg tidak mengganggu org lain

bab makcik tu, susah pulak sy nak komen. selalunya, mmg susah nk menegur org yg lebih tua dr kt. tp akak mungkin boleh cuba. rapatlah dgn jiran akak dulu. selalunya bila sudah rapat, kita lebih mudah memahami dan menghargai perbezaan antara kita

jangan berputus asa dan selamat mencuba. kalau dah cuba, baru berdoa! (apalah ishan ni!)

-kaunselor free (tini)

WS Zuriati said...

salam..
ishan, tq sudi menjengah. Hang berani ke nak mai belasah depa ni? orang kelate ni gedebe tau. Cari maksud gedebe dlm kamus dewan ye!

Tq kaunselor tini,
Akak sebenarnya bukan jenis tak mesra. Tp kalau dengan org yang mulut laser dan seksi akak takut nak mendekati. Bukan apa...akak pernah dgr dia ngumpat hal orang ngn akak.Padahal akak baru pindah masa tu. Suami akak pun kdg2 segan nak menjeling ke arah rumah. Ramai yang free hair dan bj xde lengan.