Setelah satu jam setengah berada di dalam kelas 5 Tekun (5T) suasana tidak boleh dikawal lagi. Mereka seolah-olah sudah tidak nampak lagi aku yang sedang meneliti buku latihan yang telah dihantar oleh sebahagian murid yang telah menyiapkan kerja di meja hadapan. Mereka bersorak-sorak dan bermain robot di belakang kelas.
Lalu aku bertempik sekuat hati aku: “DIAAAM!” Serentak dengan tempikan itu.…muncul seorang guru dari kelas sebelah pintu hadapan dan seorang lagi lagi dari pintu belakang. Mereka juga tersentak bila sempat melihat aku bertempik. Lalu kedua guru itu menghilangkan diri. Mereka menjengah kelas aku mungkin mereka fikir tiada guru ketika itu…
Aku pun memulakan syarahanku: “Mulai dari hari, kamu jangan panggil saya cikgu atau ustazah lagi. Saya tidak layak untuk menjadi guru atau ustazah kamu lagi kerana kamu semua sudah tidak menghormati saya sebagai guru kamu”. Dan bla…bla… panjang berjela-jela.
Suasana diam, aku menyambung semula semakan latihan muridku. Mereka diam kerana muka aku langsung tidak senyum lagi selepas itu. Tiba-tiba ada satu suara yang diajukan kepada aku.
“ Ustazah…kena jadi polis la pulak, sebab nanti senang nak tangkap murid-murid yang perangai jahat nih….” Dalam hati aku macam nak ketawa tapi aku tahan la.. Tergamak dia suruh aku jadi polis. Dia tak nampak ke aku yang aku tengah marah nih…aku tak memberikan respon apa-apa sebab sebenarnya aku macam nak ketawa jugak sebab nada dia tu macam kelakar sangat.
Begitulah rutin harianku dengan muridku. Kadang-kadang macam nak merajuk tetapi tak jadi merajuk sebab mereka tetap bertanya itu dan ini walaupun aku buat muka marah dan sebagainya….Jauh di sudut hatiku, mereka itu seolah anak-anakku sendiri. Marah dan rajukku hanya untuk sesaat cuma, selebih itu adalah hak kegembiraan dan kejayaan mereka.
6 comments:
kelakarnye anak murid awak tu.. kami kat sini pecah perut membaca entri awak kali ni. hehe..
Wah...kah..kah..kah... tak boleh nak bayangkan macam mana rupa Ustazah masa tu.
Kadang-kadang akak terfikir, entah macam mana pula perangai anak-anak akak semasa disekolah mereka.
Hopefully, mereka semua tak buat perangai yang menyakitkan hati seorang guru.
awok ni memang seorang pendidik, teruskan.... si Hariz ni pun memang gitu lagaknye kat dalam kelas dia akan bertanye macam macam, sebenar they just dont understand so keep up your effort to improve their knowledge, Tahniah cik gu..
Mawar,
Tq, awak akan jumpa yang lagi kelakar selepas ini.
K Aisyah,
Budak-budak memang macam tu. Cuma ada yang nakal banyak dan ada yang nakalnya cikit.
Wan Storm,
Hari-hari yang ditempuh sememangnya mempunyai kisah yang berlainan, tapi aku tidak pernah jemu menghadapinya....
Entri yg paling lawak setakat ini. Aku ketawa berguling2 baca yang ini. Kamu memang tukang cerita yang bagus!
tq nafastari.
kamu adalah pembaca setia blog ku yang tak menarik ini.
Post a Comment