Wednesday, August 5, 2009

Pisang berbuah dua kali....


Aku pernah menghadapi saat yang menakutkan dalam kerjayaku sebagai guru. Aku masih ingat tiga belas tahun yang lampau iaitu semasa mula-mula aku bertugas, aku pernah tercucuk lubang hidung seorang murid tahun satu hingga berdarah.

Aku tak tahu macam mana tiba-tiba dia tertunduk dan menyebabkan hidungnya tercucuk mata pensil yang berada di tanganku. Hidungnya berdarah, barangkali cucukan itu agak dalam. Aku panik seketika, aku mengelap darah hidungnya dengan tisu. Nasib baik darahnya tak banyak.

Aku langsung tak berniat nak mencederakan lubang hidungnya tapi aku rasa dia terkejut sebab aku meninggikan suaraku kerana dia membaca dengan suara yang sangat perlahan hingga tidak kedengaran di telingaku.. Bila balik rumah aku tutup pintu serapat-rapatnya sebab takut mak bapak dia datang menyerang aku.

Sampai tak lalu makan, dah lama masa tu tengah mengandung anak sulung. Rasa takut sangat nak sentuh pelajar-pelajarku selepas itu. Tetapi nasib baik la, dari hari ke hari, minggu ke minggu, sampai berbulan-bulan aku menunggu, mak bapak muridku itu tak datang-datang menemuiku… Selamat aku..syukur pada Allah kerana telah melindungi aku.

Tapi, hari ini terjadi lagi. Walaupun tak serupa tapi hampir sama. Aku cukup geram dengan muridku yang seorang ini. Namanya ROZAIMI dari kelas 5C. Dalam kelas dia tak banyak cakap tapi kerjanya…aduh menyakitkan hati. Comot dan tidak pernah siap. Tulisannya memang tak boleh dibaca kalau orang itu bukan gurunya…kalau orang itu gurunya, mungkin boleh meneka-neka apa perkataan yang ditulisnya.

Hari ini aku mengajar bacaan-bacaan dalam solat. Sesifiknya ialah bacaan ketika rukuk, “Subhaaanarabbialaziiimi wabihamdih”….. lebih kurangnya begitulah ejaan ruminya. Tapi dia menyebut “wabihandih” pada ayat di belakangnya. Aku telah membetulkannya berpuluh-puluh kali dalam masa satu jam. Bayangkanlah, teruk sangat ke nak tutup mulut pada perkataan mim yang bertanda mati itu….? Kalau dengan ayah aku dah lama kena ketuk kepala rasanya.

Tiba-tiba tanganku terasa ringan menampar pipinya.Prap…!!!. “Aduh sakitnya..” dia pun menangis meleleh-leleh air matanya. Aku rasa taklah kuat sangat pun tamparan itu kalau nak di bandingkan dengan tamparan-tamparan kecil sebelum ini. Rakan-rakannya yang lain pun melihatku dengan rasa tak puas hati. Seorang rakannya berkata padaku: “Ustazah, kenapa tampar dia..? tak tau ke gusi dia bengkak..?”. Aku terkejut. Sebenarnya aku pun dah macam nak menangis bila tengok dia menangis. Hanya tuhan saja yang tau dalam hati aku, betapa aku rasa bersalah padanya.

Aku jadi serba salah. “ La.., awak sakit gigi ke?” Tanyaku. “ Tak, gusi saya yang bengkak”. Aku menyuruh dia menganga mulut untuk memastikan gusinya tak berdarah. Tuhan menyelamatkan aku lagi. Gusinya memang tak berdarah. Aku pun meminta maaf daripada ROZAIMI kerana aku tak tau gusinya bengkak. Kiranya aku tahu…… Tapi sesungguhnya aku menamparnya bukan untuk menyakitkannya, tetapi untuk membetulkan kesalahan dalam bacaannya sahaja. Salahkah akuuuuu……..

5 comments:

wanahaf said...

berhati-hati ye ustazah, sekarang ni zaman moden, ibua bapa dah tak macam yg dulu2, kalo budak2 bgtau dipukul oleh guru atau dirotan, bapak mereka akan tambah lagi. tp ibubapa sekarang, akan pergi cari guru yang memukul tersebut, dan menyaman. hehe. berhati-hati la ye dalam mendidik budak-budak di zaman sekarang.

Nafastari said...

Jangan sampai berbuah tiga kali ye... Haha...

~::PermatA::~ said...

Bila nak marah sangat tu..memang jadi macam ni.tie pon sama.masa ajar adik (syahira)..Tie marah dia.kita jadik geram bila banyak kali ajar tak faham2.sampai nangis dia..tapi lepas tu rasa menyesal plak..

Betul jugak kata wanahaf tu..mak ayah sekarang ni suka saman menyaman..takut gak jadik cikgu zaman sekarang..mencabar betol.

WS Zuriati said...

Wanahaf,
Aku sudah terlalu mengawal kemarahanku ini...hinggakan terasa letih...tq atas peingatan itu dan aku memang selalu mengingatinya.

Nafastari,
harap yang kedua ini adalah yang yang terakhir ia berbuah.

Permata soffhas,
Kalu ajar sendiri lagi garang la...

Armouris,
tq. saya dah baca tentang info hidung berdarah tu. tq byk2.

wan storm said...

Salam, moga Alloh lebih menyayangi kamu, setuju dgn wanahaf tu but out of all niat kamu sangat baik tp mungkin disalah tafsirkan.. keep up sis!!