Saturday, January 2, 2010

Kasut sekolah

Selamat tahun baru untuk semua.....

Tengahari tadi, tiba-tiba anakku bertanya mengenai kasut sekolahnya yang baru dibeli awal bulan lalu.


"Umi, kenapa kasut kakak besar sebelah?"...aku hairan. Tapi memang betul saiz 1 dan sebelah lagi saiz 2, bentuknya pun lain. Nasib baik waktu itu baru masuk waktu zuhur, kalau pagi esoknya tentu kelam kabut untuk pergi menukar semula kasut itu.


Tetapi nasib agak malang kerana semua jenis yang hampir sama dengan kasut itu telah kehabisan saiz yang sepadan dengan kaki anakku. Terpaksalah menukarnya dengan jenis yang bertali, agak menyusahkan jugalah..kerana si pemakainya baru nak masuk tahun 1. Bayangkanlah.....