Thursday, August 5, 2010

Renungan....

Sedikit maklumat yang dikirim oleh seorang teman. Semoga ia dapat menambah sedikit pengetahuan kepada kita semua.....
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedangberpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azanSubuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang disekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapatbala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azantu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise.

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlahdulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratulihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masukniat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan dirisendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati,tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalahberikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainyaia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.. Jadi kesimpulannya, make yourself firm& confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama &jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doadengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…inikerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiapbacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini:"Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin" . (p/s: hurufz adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lututdan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibujari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpadilentikkan.Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mestidiperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak dudukt ahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.. berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 kerumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kitaselalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dahlari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah keranaAllah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudahkita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utksolat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunatba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluangutk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&Rramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kitakena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duitnak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakitmemerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergihaji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalamIslam..11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah,kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..ituyg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendaksolat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tudan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solatba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqadaselepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunatlagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandaimenyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kitagagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, takdihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa…..Renung-renungkanlah ...



Sunday, August 1, 2010

TOM YAM UNTUK IBU TERSAYANG......

Pada suatu hari minggu yang agak tenang, aku mengumpulkan semangat yang ada untuk memasak Tom Yam untuk ibu. Aku tahu keupayaanku untuk memasak agak terbatas sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh tugas-tugas lain yang amat banyak...tambahan pula aku telah mencuba minat yang baru iaitu jahitan manik.
Lalu aku pun memasaklah Tom Yam itu dengan penuh kasih sayang untuk juadah ibu tersayang. Setelah masak aku menghidangkan semangkuk untuknya lalu aku bertanya...."rasanya ok tak..?"....aku tahu ibuku agak cerewet dalam soal masakan dan pada kebiasaannya dia akan membandingkan masakanku dengan masakan adikku yang memang jauh lebih lazat, enak dan mengena dengan seleranya...
Pada aku, Tom Yam itu sudah cukup sedap rasanya tetapi ibuku hanya menganggukkan kepalanya tanpa komen. Aku tahu mesti ada yang masih kurang. Walau apapun..aku sudah cukup bangga kerana selepas itu dia menyuruhku merebus bihun untuk dimkan bersama Tom Yam itu. Itu menandakan bahawa dia sudah cukup beselera untuk makan kerana ibu memang suka makan Bihun Tom Yam....
Pada hari itu aku merasa puas bila melihat ibu makan dengan begitu berselera sekali...aku sentiasa ingin memasak sesuatu yang istimewa dan lazat untuk ibu, tetapi masaku agak terbatas dan aku harap ibu sentiasa memahami aku....

Tuesday, May 25, 2010

Suatu Malam

Dan pada suatu malam, tiba-tiba aku rasa ingin menulis. Sudah lama rasanya tidak berblog...maklumlah sekarang ni pulak semua orang asyik dengan facebook yang lebih senang dan ringkas serta sangat senang untuk mencari teman-teman yang sudah lama terpisah...
Walau apapun alasannya, penulisan blog tidak harus dibiarkan bersawang kerana ia juga satu perkongsian rasa serta luahan yang sangat bebas kepada setiap individu yang ingin berkongsi atau meluahkan sesuatu...apa yang penting juga kebertanggungjawaban ke atas setiap yang dituliskan.
Oleh itu, coretan yang sedikit ini adalah sekadar mengelakkan blogku yang hampir dipenuhi sesawang maya ini terus bersawang. Semoga teman-teman seperjuangan dapat meneruskan penulisan dan perkongsian di laman ini....
Assalamualaikum...dan selamat malam untuk semua....

Sunday, February 7, 2010

Pentingnya ilmu...

Sejak akhir-akhir ini aku sering dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan dan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan amalan-amalan yang baik, masalah rumahtangga, harta pusaka, cara-cara mendidik anak dengan baik....dan macam-macam lagi. Kadang-kadang soalan tu layak ditanya kepada Ustazah Norbahiyah atau Ustazah Fatmazzahra'. Aku sendiri pun bukanlah arif sangat dengan perkara-perkara seperti ini. Kalau sekadar berkongsi pengalaman bolehlah...
Bila berhadapan dengan permasalan seperti itu, barulah terasa betapa kurangnya ilmu kita. Jadi bagaimana harus kita siapkan diri untuk menghadapi persoalan yang begini, ianya berlegar-legar setiap hari terutamanya dengan rakan sekerja. Mentang-mentanglah kita dipanggil USTAZAH....
Kadang-kadang terasa malu bila orang bertanya kita tidak boleh menjawab dengan baik..tapi walau apapun aku cuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan yang tepat dengan merujuk kepada orang-orang yang mahir dalam bidang-bidang yang berkaitan....Banyak juga bahan-bahan bacaan yang telah dibeli dalam membicarakan soal-soal keagamaan, namun kesempatan untuk membaca sangatlah terbatas..jadi banyaklah buku yang belum dibaca atau belum lagi habis membacanya...
Walau apapun, bila semakin banyak kita membaca atau mendapat maklumat tentang sesuatu perkara yang baru makinlah terasa betapa kurangnya ilmu kita....

Monday, February 1, 2010

Buntu....

Bila sepi buntu pun muncul,
Mengusik hati agar tidak terasa..
Melambai fikiran agar tidak berlegar..
Tapi buntu pun ingin bertahan..
Dalam hati yg semakin sepi...

Di manakah buntu sembunyikan diri...
Di dalam hatikah?
Di dalam fikirankah?
Di dalam dirikah?

Bila ditanya buntu pun senyap...
Akalkah yg membuat buntu..
Hatikah yang memanggil buntu..

Di mana buntu berada?
Di dalam...
Di luar...
Di atas...
Di bawah...
Atau di mana-mana....

Aku pun mencari-cari...
Di mana buntu berada...
Mengapa dia datang..
Mengapa dia pergi...
Aku pun semakin buntu mencarinya...

Kebuntuan terus menemani semalaman yang panjang...
Sebelum lenaku membuai mimpi...


nurahadi....
12.33am
2.2.2010

Saturday, January 2, 2010

Kasut sekolah

Selamat tahun baru untuk semua.....

Tengahari tadi, tiba-tiba anakku bertanya mengenai kasut sekolahnya yang baru dibeli awal bulan lalu.


"Umi, kenapa kasut kakak besar sebelah?"...aku hairan. Tapi memang betul saiz 1 dan sebelah lagi saiz 2, bentuknya pun lain. Nasib baik waktu itu baru masuk waktu zuhur, kalau pagi esoknya tentu kelam kabut untuk pergi menukar semula kasut itu.


Tetapi nasib agak malang kerana semua jenis yang hampir sama dengan kasut itu telah kehabisan saiz yang sepadan dengan kaki anakku. Terpaksalah menukarnya dengan jenis yang bertali, agak menyusahkan jugalah..kerana si pemakainya baru nak masuk tahun 1. Bayangkanlah.....