Monday, August 4, 2008

Laga Ayam dan Tomoi

Ponteng sekolah merupakan masalah yang besar kepada murid-murid di dalam kelasku dan mungkin akan menjadi masalah jugak pada negara di masa hadapan. Tetapi apa yang paling aku tak puas hati ialah dia tak datang ke sekolah kerana pergi main laga-laga ayam dan letih kerana berlatih tomoi pada malam harinya.

Cuba kita fikir-fikir dan renungkan bersama, patutkah seorang anak yang berusia 12 tahun ke bawah dibiarkan oleh ibu bapa untuk berlatih tomoi atau menyaksikan latihan tomoi bersama-sama dengan orang-orang dewasa pada waktu malam atau siang (biasanya waktu malam). Patutkah seorang anak juga dibiarkan oleh ibu bapanya untuk bermain laga-laga ayam sehingga sanggup mencuri dan menyembelih ayam yang dicuri, memanggangnya serta dimakan beramai-ramai?

Aku sendiri tak tahu dan tak pasti di mana punca kesilapan sehingga perkara-perkara yang tidak bermaruah serta mencemar nama baik agama, masyarakat dan keluarga mereka tercemar dengan sebegini rupa. Kalau di sekolah, sudah puas aku memberi nasihat secara lembut, rotanlogi, psiokologi dan macam-macam cara lagi. Kadang-kadang satu jam masa P&P aku terpaksa habiskan dengan memberi tazkirah. Serbuan ke rumah murid yang tidak hadir juga pernah aku buat, tetapi hasilnya tidak begitu memberangsangkan.

Sesekali aku fikir, mungkin ibu bapa mereka tidak tegas dan tidak garang seperti ibu bapaku. Mungkin juga ibu bapa mereka tidak tahu bahawa hanya ilmu pengetahuan sahaja yang dapat menyelamatkan anak mereka di dunia dan akhirat.

4 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Kalu kat KL ni lagi banyak pengaruh negatif dari positif. Semalam Akak angin satu badan dgn Ammar sebab dia kuar pagi dan balik petang. Ingatkan dia bersama abahnya tolong kerja kenduri kat bawah tapi rupanya dia hilang bersama kawan-kawannya pergi main kat blok sebelah.
Eeeiii, tension akak. Balik tau pulak lapar, ingatkan kenyang dengan bermain tu. Sabar ajelahkan... Tapi macammanapun, berbakul gak le kena bebel budak tu.

WS Zuriati said...

Anak-anak adalah permata yang paling berharga. Tak kiralah anak kita atau anak-anak sapa-sapa pun..
Sama-samalah kita mencakna anak-anak ke arah kebaikan dan masa depan yang berharga..

Hartini Omar said...

selamat berpuasa buat akak dan keluarga.. semoga dilimpahi keberkatan di bulan ramadhan ;)

WS Zuriati said...

tq tini.
tini selalu menyinggah walau tak ada cerita baru pun. Salam Ramadhan juga buat tini sekeluarga.