Thursday, October 16, 2008

Sukan Tahunan

Hari ini berakhirnya sukan yang diadakan selama dua hari di sekolahku. Walaupun badanku terasa letih yang teramat tapi aku bangga kerana pasukanku memang selalunya menjadi johan. Nampaknya ada orang nak sabotaj aku tahun ni. Tapi tak pe, tuhan selalu bersama dengan orang-orang yang benar.

Tahun lepas aku memimpin rumah biru, dua tahun berturut-turut rumahku menjadi johan. Alih-alih tahun ni pindah pulak ke rumah hijau. Aku macam tak puas hati jugak sebab ketua rumah biru sangat sporting dengan aku. Dia orang cakap ustazah memang kena jaga rumah hijau...aku senyum saja kerana dah faham dengan sindirin itu. Aku tak cakap apa-apa tentang perubahan warna itu. Dalam hati aku berdoa je, minta Allah berikan kemenangan kepada anak-anak buahku.

Hari ini, telah terbukti. Rumah hijau menjadi juara keseluruhan dengan 10 mata di hadapan meninggalkan rumah yang lain...Aku tersenyum puas. Berbaloi jugak penat aku dengan menyediakan ntah berapa tong air untuk pasukanku, memandangkan sekarang musim yang panas yang terik.. Ada jugak pasukan yang bertelagah kerana tak menjaga pasukannya dengan baik dan menghentam pengadil yang tidak adil. Adat bertanding memang begitu. Tahniah kepada pasukan yang menang dan yang kalah tahun depan kena berusaha dengan lebih gigih. Apa yang penting, kita mesti redha dengan segala keputusan dan jangan mendabik dada kalau kita menang.

2 comments:

Hartini Omar said...

eh kak.. saya pun sekolah dulu masuk rumah hijau. tp selalu kalah je laa =P hehe

Nafastari said...

Saya gembira dengan pencapaian anda, saya tahu anda selalu dapat melakukan tugasan yang diberi dan anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik.

Saya bangga dan kagum dengan semangat kesukanan anda!