Sunday, January 18, 2009

Tanganku berbau..

Minggu ini minggu ketiga persekolahan 2009. Hari ini aku masuk ke kelas tahun 1 bagi menggantikan rakanku yang tidak hadir kerana tidak sihat. Walaupun hanya setengah jam masa yang diperuntukkan namun aku rasa begitu lambat sekali waktu berlalu.

Seorang demi seorang, silih berganti meminta kebenaran untuk ke tandas. Aku yang agak kepenatan hanya menganggukkan kepala sebagai tanda mengizinkan mereka. Tambahan pula aku hanya memantau kerja-kerja mereka yang belum siap. Ada yang menyiapkan huruf ABC, 123 dan huruf alif ba ta. Sesekali aku terpaksa juga memegang tangan mereka untuk membetulkan tulisannya yang agak teruk. Setelah berlalunya setengah jam itu, aku kembali ke bilik guru untuk berehat seketika.

Dalam perjalanan itu, tiba-tiba aku tercium sesuatu yang kurang enak pada tanganku. Bau itu seperti bau tahi. Hairan aku memikirkan..daripada siapa aku dapat bau itu. Nampaknya ada lagi muridku yang belum pandai menguruskan kebersihan diri. Walau apapun, selepas itu nampaknya aku perlu memesan mereka yang ke tandas agar membersihkan tangan mereka dengan sebersih-bersihnya agar ia tidak mendatang masalah kesihatan dan sebagainya.

5 comments:

*Mawar Nafastari* said...

hehe.. kesian dia...
kelakarla bdk2 sek ren ni.. mcm2 ragam... :)

Nafastari said...

Yekk!!! Mencabarnya jadik cikgu. Kerajaan patut bayar elaun kritikal kat cikgu-cikgu.

Bila Diary Bercerita said...

Zu,
selamat menulis kembali... Lepas ni rajin-rajin update blog ye.

Hartini Omar said...

selamat mengajar semula kak. ya, betul cakap kak aishah, lepas ni rajin2 update blog ya

WS Zuriati said...

mawar, memang kelakar..tp geram pun ada. tp sabor je la. Semoga awak n bb sihat selalu.

nafastari, elaun tu tak sama ngn apa yg ckg2 kt sek rendah alami. tp yg penting kejayaan mereka semua. tp dpt elaun suka gak..

Kak aisah, zu bkn malas tp musim cuti fhm2 je la. duk kg mn ada internet..hu...wa..

Tini, tq sb sudi bc tulisan akak yg biasa2 ini. Semoga tini sukses selalu.