Sunday, August 1, 2010

TOM YAM UNTUK IBU TERSAYANG......

Pada suatu hari minggu yang agak tenang, aku mengumpulkan semangat yang ada untuk memasak Tom Yam untuk ibu. Aku tahu keupayaanku untuk memasak agak terbatas sejak akhir-akhir ini disebabkan oleh tugas-tugas lain yang amat banyak...tambahan pula aku telah mencuba minat yang baru iaitu jahitan manik.
Lalu aku pun memasaklah Tom Yam itu dengan penuh kasih sayang untuk juadah ibu tersayang. Setelah masak aku menghidangkan semangkuk untuknya lalu aku bertanya...."rasanya ok tak..?"....aku tahu ibuku agak cerewet dalam soal masakan dan pada kebiasaannya dia akan membandingkan masakanku dengan masakan adikku yang memang jauh lebih lazat, enak dan mengena dengan seleranya...
Pada aku, Tom Yam itu sudah cukup sedap rasanya tetapi ibuku hanya menganggukkan kepalanya tanpa komen. Aku tahu mesti ada yang masih kurang. Walau apapun..aku sudah cukup bangga kerana selepas itu dia menyuruhku merebus bihun untuk dimkan bersama Tom Yam itu. Itu menandakan bahawa dia sudah cukup beselera untuk makan kerana ibu memang suka makan Bihun Tom Yam....
Pada hari itu aku merasa puas bila melihat ibu makan dengan begitu berselera sekali...aku sentiasa ingin memasak sesuatu yang istimewa dan lazat untuk ibu, tetapi masaku agak terbatas dan aku harap ibu sentiasa memahami aku....

No comments: