Monday, July 21, 2008

Mengumpat

Perempuan sering dikaitkan dengan perangainya yang suka mengumpat...kadang-kadang terasa macam terkena batang hidung sendiri bila mendengar atau membaca sedutan-sedutan mengenai hukum mengumpat di saluran-saluran media yang terdapat di sekeliling kita.
Pagi tadi, semasa menghadiri mesyuarat "Kecemerlangan UPSR" di sekolahku, terjadi suatu peristiwa yang termasuk dalam kategori mengumpat. Pada mesyuarat itu terdapat sedikit percanggahan mengenai cara perlaksanaannya..biasalah...kalau dah ramai yang menyuarakan pendapat pastinya pengerusi akan memilih satu cara yang terbaik. Ternyata rakan sebelahku seperti tidak dapat menerima keputusan yang dipilih oleh pengerusi. Aku menyatakan reaksi rakan yang tidak bersetuju itu (sebelah kanan) kepada rakanku yang di sebelah kiri dalam bentuk tulisan...kata-katanya tidaklah teruk sangat, tetapi aku memang mengumpat dia.
Tuhan itu sangat adil, tulisan yang aku tulis itu tidak pulak kusimpan tetapi dibiarkan saja di hadapanku. Lalu tuan empunya badan membacanya. Aku tertelan air liur, tapi nasib baiklah aku pandai menyusun kata-kata padanya bagi menerangkan maksud kata-kata pada kertas itu.. kebetulan pulak sikap rakanku itu terlalu lurus dan langsung tidak pandai berkias, maka dia menerima ceritaku dengan baik. Dalam hati aku, hanya tuhan yang tahu betapa aku bimbang akan penerimaannya terhadapku selepas itu..
Rakan yang di sebelah kiriku tahu akan peristiwa itu. Semasa menuruni tangga setelah tamatnya mesyuarat itu, dia ketawakan aku sampai terkeluar air mata...Dalam hatiku, Allah memberikan ganjaran yang setimpal atas perbuatanku. Terasa ingin meminta maaf daripada rakanku itu, tetapi isunya aku telah terangkan dengan jelas dan dia menerima kata-kataku.. Perlukah aku meminta maaf lagi....? Ya Allah ampunilah dosa aku...

6 comments:

*Mawar Nafastari* said...

ah, finally update pun blog awak ni...

em,bulan puasa dah nak dekat,mungkin waktu bulan tu masa yg sesuai bermaafan kot...

- yg belum beli stokin tu -
p/s : nak yg stokin pjg ke pendek ye

Nafastari said...

Lawaaaaaaaak!

Learn a good lesson.

WS Zuriati said...

tq mawar..

Stokin tu bli yang pjg ye.. mungkin betul cadangan mawar, bulan puasa ni akak mintak maaf ngn dia.

tq ahmad wm,

memang pengajaran yang baik sungguh. tapi sehingga hari dia memang dengan saya.

Hartini Omar said...

pengajaran tu kak.. cakap siang pandang2..

kadang2 masyarakat tersalah tanggapan. bila bercakap pasal orang lain dan kita katakan mengumpat, mereka bidas dgn "eh apa pulak mengumpat, ini betul terjadi!"

disebabkan BETUL terjadi dan kita memperkatakannya itulah jadi 'mengumpat'. kalau tak betul dan kita bercakap dah jadi 'menfitnah'

semoga kt berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran =P

Bila Diary Bercerita said...

Kadang-kadang walaupun kita tak turut serta mengata tapi kena jadi tukang dengar pula... Adoi! lah, sama gak dosanya.
- Cuma kalu ada isu-isu berbangkit tu yang baik jadi pedoman, yang tak elok tu jadi sempadan.

- Akak, tgh belajar nak jadi baik.
he..he...susah gak wooo nak control bab mengumpat ni.

WS Zuriati said...

tq tini dan kak aisyah,

Saya juga selalu berusaha untuk menghindari perkara-perkara seperti ini. Saya juga tahu, di hari perhitungan nanti kita langsung tiada masa untuk membicarakan hal orang lain bahkan masing-masing tiada masa untuk melihat antara satu sama lain..