Monday, July 21, 2008

Gula-gula getah dan sekolah tadika

Gula-gula getah dan sekolah tadika…


Pada suatu hari, Nurah (anak penulis) yang berumur lima tahun telah mengadu kepada penulis, mengenai rambutnya yang sukar untuk disikat. Lalu penulis cuba menolongnya untuk menyikat rambut, tetapi alangkah terkejutnya kerana terdapat sisa gula-gula getah pada hujung rambut Nurah.

Lantas Nurah bercerita mengenai kawan-kawannya yang sama-sama belajar di sekolah tadika iaitu Abu Zabir dan Syawari telah meletakkan gula-gula getah itu di atas kepalanya. Ceritanya lagi, cikgunya juga berusaha membuang sisa-sisa gula getah itu tetapi mungkin terlampau banyak melekat sehingga masih tertinggal lagi sebahagian kecilnya..

Ternyata sisa gula-gula getah itu sangat sukar untuk ditanggalkan, tambahan pula telah merosakkan sebahagian kecil hujung rambut Nurah yang sememangnya halus. Penulis terpaksa memotong sedikit hujung rambut tersebut untuk membuang sisa gula-gula getah itu.

Pada hemat penulis, para ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka tidak membawa sebarang bentuk makanan atau barang permainan yang boleh membawa kekotoran, bahaya dan sebagainya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak. Tambahan pula kanak-kanak tadika seusia Abu Zabir, Syawari dan Nurah sememangnya belum mengerti tentang bahaya dan keseronokkan….

1 comment:

Nafastari said...

Suatu ingatan yang sangat berfaedah, kita pun sangat benci kalau ianya melekat di kasut atau seluar kita. Tapi tak perlu jadi macam Singapura, sebab saya suka juga mengunyahnya kadang-kadang. Pokoknya kita mesti bertimbang rasa & bertanggungjawab.