Sunday, May 11, 2008

Badrul Al Hafiz

Mula-mula aku dengar nama ini terbayang pada fikiranku akan seorang murid yang bijak pastinya...tetapi setelah aku mengenali dan mengajarnya selama tiga tahun berturut-turut aku rasa sedih mengenangkan nasibnya yang tidak berubah-ubah. Kadang-kadang ada rasa putus asa bermain di jiwa. Tetapi setiap kali berhadapan dengannya aku gagahkan semangat untuk terus mengajarnya. Biarlah dia tidak fasih Al Quran asalkan dia boleh membaca ayat atau bacaan dalam solat..tetapi mungkin kerana berat badannya 60kg dengan ketinggian 4kaki pada anggaranku menyebabkan kecerdasannya sedikit terganggu.




Pagi tadi, ketika aku berada di dalam kelas bersebelahan dengan kelasnya, tiba-tiba Badrul muncul memberitahuku bahawa seorang rakannya telah menumbuknya. Lalu aku mencadangkan kepadanya supaya mencampakkan kawannya itu ke bawah (dari tingkat 3). Selepas itu, aku terfikir jika Badrul betul-betul mencampak kawannya ke bawah.... matilah aku. Aku terus berlari dan menjerit memanggil Badrul, " Badrul, awak dah campak Amirul (kawannya) ke bawah?". Kata Badrul, "belum lagi", nasib baik..kalau tidak teruk aku. Aku bukannya malas nak ambil peduli kalau pasal muridku bergaduh, tetapi kadang-kadang tu hal-hal yang begitu remeh-temeh menyebabkan aku rasa letih untuk mengawalnya. Bayangkan kalau dalam masa satu jam waktu pengajaran ada dua atau tiga kali gangguan dari kelas sebelah. Tumpuan aku untuk menerang pada murid pun jadi kurang apatah lagi dengan muridku yang memang suka bermain.. Kesian pada Badrul dan kawan-kawannya kerana guru kelasnya yang juga guru matematik telah disahkan menghidap kanser..jadi dalam bulan ini telah banyak kali mereka terbiar kerana guru yang mengganti pun kadang-kadang tak masuk kelas.




Pernah pada suatu ketika Badrul tidak menyiapkan kerja yang aku berikan, dia berbohong padaku dengan mengatakan bukunya hilang. Aku berikan duit padanya supaya membeli buku baru, tetapi esoknya dia pulangkan semula duitku sebab katanya bukunya sudah dijumpai. Tetapi kali ini buku hilang selama tiga bulan dan dijumpai semula setelah aku mengugut untuk membelah perutnya yang buncit itu...aku sebenarnya hanya mengugut dia. Tetapi ternyata berjaya kerana keesokannya dia membawa buku itu ke sekolah. Kadang-kadang aku terfikir kejamkah aku...? Tetapi sesunguhnya aku teringin sangat-sangat untuk melihat muridku dapat membaca Al Quran dengan fasih, wudu' dan solat dengan sempurna serta fasih membaca jawi. Tetapi entah bila ianya akan menjadi realiti kerana saban tahun aku menerima murid yang semakin lemah dalam penguasaan jawi dan bacaan Al Qurannya...



6 comments:

hayat said...

seorang guru yang baik tidak semestinya baik kepada muridnya!!untuk mengajar sesuatu yang sungguh bernilai-tidak boleh memberinya dengan senyuman!!rotan jer!hehe!!

WS Zuriati said...

Bila akak tengok badrul, akak teringat hayat sebab **** sama. Jangan marah..

Bila Diary Bercerita said...

Kadang-kadang terfikir entah macammana pulak pandangan seorang guru pada anak-anak akak. Hmm...semoga anak-anak tetap bersemangat untuk terus menimba ilmu dunia & akhirat.
Untuk Zu dan suami 'selamat menyambut Hari Guru'

~Kak Aishah

Nafastari said...

Salam,

Tidak pula saya tahu WSZ dah semakin aktif mengemaskinikan blog ini. Apapun, entry ini sangat menarik perhatian saya, dengan gaya penceritaan yang agak bersahaja dan ada unsur humor membuatkan ianya sangat menarik.

Selamat hari guru untuk kamu dan semua guru. Semoga kamu semualah yang membentuk kegagahan bangsa Malaysia!

WS Zuriati said...

Nafastari dan kak aisah...thanks atas ucapan anda. Untuk anak-anak akak saya doakan agar mereka terus berjaya dan jangan putus asa. Mungkin kesibukan kita bekerja dan membuat mereka sedikit ketinggalan tapi anak saya pun sama, matematiknya cukup lemah.. hanya doa yang mampu kita panjatkan untuk mereka semua.

hanees sabri said...

Wow, That is funny , yet very touching.