Saturday, May 17, 2008

Selamat kembali

Ucapan tahniah dan selamat kembali dari tanah suci (mengerjakan umrah) kepada abangku, kakak iparku serta anak-anaknya. Alangkah bertuah anak-anaknya kerana dalam usia tiga hingga sepuluh tahun telah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah...sedangkan aku yang sudah melebihi suku abad ini, belum mampu untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.
Doa dan harapanku agar abangku sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan hidayah dari Allah Taala dalam meneruskan kehidupan yang masih panjang dan berliku ini...Insya Allah, aku juga akan sampai di sana suatu hari nanti. Insya Allah.

2 comments:

WS Zuriati said...

terima kasih pada abang yang mengirim air zam-zam untuk keluarga di kg. syukran..

hanees sabri said...

I hope You can go there too some day .......