Tuesday, May 6, 2008

Muet

Rasa sukar untuk melelapkan mata ini. Maklumlah..lusa aku kena menghadapi MUET di sebuah sekolah di Pasir Puteh. Nak buat persediaan pun tiada masa. Tambahan pula minggu ini semua murid ada UBB (ujian bulanan). Minggu lepas aku menghubungi rakanku untuk mengajaknya berbincang mengenai soalan MUET. Patut ke..dia bertanya aku: "eh nak periksa MUET kena study jugak ke?". Hairan aku..aku mendengar dia ketawa. Lucu sangat ke MUET ni. Tadi aku dah cuba speaking sepatah dua kata bersama dengan seorang kawan (teacher) kat sekolah. Tadi macam dah confidence cikit, lusa tak tahu la pulak. Aku kadang-kadang macam faham sangat bila dengar orang bercakap, tapi bila aku nak jawab mulalah rasa macam gelabah, macam semuanya tak kena. Kata adik aku, sebutan aku teruk sangat..keras semacam je. Tapi aku memang teruk pun. Masa SPM dulu aku dapat gred 6 pening...Walau apapun aku akan cuba yang terbaik..LUSA!

3 comments:

Tinta Ajaib said...

Asku....Awak ni guna samaran kan nama sebenar awak apa ya? Maktab sekali ke kita ni... Tolong perkenal diri untuk saya.. From : adnanibrahim.blogspot.com

Hartini Omar said...

(puan) tuan nurahadi,
-pertamanya, minta izin sy menyinggah
-rasanya pernah sudah kita berkongsi kata di halaman saya dulu... di suatu masa
-kini tiba masanya saya membalas kunjungan tuan pula
-saya juga berdiri sebagai pejuang di medan pendidikan
-teruskan usaha menulis tuan, kerana percayalah, banyak hati2 yang boleh berubah dengan tulisan...

salam,
tini

WS Zuriati said...

Cikgu alif.. terima kasih kerana sudi menyinggah. Kita pernah berjumpa dan cikgu adalah sahabat suami saya.

Adik Tini. terima kasih kerana sudi membaca tulisan akak yang sempoi ni. Akak tak pandai sebenarnya, cuma saja mengurangkan tekanan setelah penat seharian bekerja. Terima kasih kerana memberi semangat untuk kakak.