Sunday, May 11, 2008

Speaking MUET TEST

Rasa macam nak pengsan semasa dalam bilik peperiksaan itu bersama dengan tiga orang calon yang lain. Examiner itu tersenyum panjang bila mendengar aku menghuraikan tajuk yang diberikan. Aku pun dah tak ingat apa butiran yang aku sebut...kalau boleh aku tak ingin mengulanginya lagi kerana untuk melihat examiner itu pun aku dah tak sanggup. Terasa sungguh bodoh aku, tak layak untuk dipanggil cikgu. Tak ada keyakinan diri, tidak mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh...Aku rasa inilah satu-satunya ujian yang paling menakutkan aku selepas ujian memandu tiga belas tahun yang lalu. Jika ada cadangan untuk aku meningkat bahasa Inggeris, sudilah berkongsi dengan aku yang kekurangan ini...

3 comments:

Hartini Omar said...

kak nurahadi,
-kaedah paling mudah untuk menguasai bahasa adalah dengan menggunakannya
-namun untuk ber'speaking' dgn orang2 yg tidak speaking amatlah pelik dan janggal
-jadinya, kak boleh banyakkan membaca suratkhabar, buku dan majalah bahasa inggeris
-atau paling tidak pun menonton cerita inggeris (tanpa melihat sarikatanya)
-ingat, segala yang ada bermula dari tiada, selamat berjaya!

WS Zuriati said...

Thanks Tini, akak memang nak belajar, tetapi masalahnya itulah... kalau kat sekolah akak ni, suasananya memang tak memberangsangkan. Tetapi yang pasti akak akan cuba.

Nafastari said...

Hey, u can speak with us!
U should start think in English, speak to yourself in English..
May be start to write blog in English too?
Goodluck, sista.