Wednesday, May 14, 2008

Tunai janji ibu

Seumur hidup ini, seingat aku..aku tak pernah mengirim apa-apa ucapan pada ibu untuk menyatakan selamat hari ibu ke..hari raya ke atau apa-apa hari kebesaran untuk disambut bersama ibu sama ada melalui kad ucapan atau pun sms. Tetapi pada sambutan hari ibu kali ini hatiku tergerak untuk menghantar SMS pada ibu yang berbunyi "Selamat hari ibu,moga dirimu tenang dan tabah dalam menjalani kehidupan..maaf dan ampun atas segala dosa yang dilakukan". Ada rasa sebak dan sayu ketika menulis ayat-ayat tersebut. Seakan ada air mata yang akan terkeluar dari kelopak mataku.. Entah mengapa aku tak pasti..Pada hakikatnya sebelum ini pun aku bukan tidak tahu menghargainya tetapi aku memang jenis selamba..pada hari raya pun kadang-kadang aku terlupa untuk bersalam..yang sebenarnya aku tak boleh bersalam sebab dia akan menangis dan aku pun menangis..aku tak mahulah nanti hari raya mata jadi merah kesan air mata.
Ibu memang terlalu istimewa buatku. Aku kagum dan bangga dengan kemahiran dan kebijaksanaan ibu dalam mengatur urus soal penjagaan dan pendidikan anak-anak sehingga kami seramai dua belas beradik membesar dalam keadaan sempurna, cukup dengan pendidikan dunia dan akhirat.. tetapi kini ibu telah diserang angin ahmar dan hampir enam tahun ibu tidak boleh menguruskan makan minum buat keluarga besar kami. Walaupun pada musim-musim perayaan beliau tetap ingin ke dapur bagi memastikan resepi-resepi kesukaannya tidak berubah rasa...Nasib baiklah dia mempunyai menantu-menantu yang memahami citarasa dia..boleh membantu apa-apa yang patut bagi merealisasikan hidangan kesukaannya.
Pada musim cuti sekolah bulan jun ini, aku bersama adikku telah merancang untuk membawa ibu ke Pulau Lagenda kerana itu adalah janjiku yang belum terlaksana walaupun janji itu dibuat 13 tahun yang lampau. Mungkin ini boleh dianggap sebagai hadiah yang teristimewa untuk ibu pada sambutan hari ibu kali ini. Aku pernah berjanji sewaktu aku belum bekerja lagi, memandangkan ibu teringin benar untuk melihat keindahan Pulau Lagenda itu, walaupun kini pulau itu dianggap sepi oleh sesetengah orang tetapi janji pada ibu tetap ingin ku tunaikan meskipun aku telah lima kali ke sana atas urusan rasmi..
Walau apapun, jauh di sudut hatiku..aku tahu ibu amat menyayangi dan mengasihi aku. Dan aku juga amat menyayanginya seumur hidup ini.. Aku berdoa pada Allah agar memanjangkan usianya kerana aku belum puas untuk menabur bakti padanya..banyak lagi permintaan-permintaannya dan hajat-hajatku padanya yang belum tertunai. Moga Allah terus melindungi dan memelihara kesihatan ibuku...

7 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Mesti seronok bila dapat bercuti disana.
Jangan pulak shopping sampai penuh lori dahlah....
he...he...he..

Hartini Omar said...

kak nurahadi,
-jgn kata menulis, membayangkan saja wajah ibu, hati saya jd sayu
-saya juga doakan agar ibu kak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan berpanjangan
-sayangilah dia sepenuhnya, selagi hayatnya masih ada

Hartini Omar said...

kak
selamat hari guru!

Nafastari said...

WSZ, saya pun dapat merasakan dia sememangnya seorang ibu yang sangat hebat. Kalau tidak masakan kita dapat berdiri sebagaimana kita pada hari ini.
Semoga rancangan kita akan berjaya.
Kak Aisyah, U should join us laa..

WS Zuriati said...

terima kasih pada kak aisah, tini dan nafastari..komen anda di blog ini membuatkan saya sentiasa teruja untuk terus menulis walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen yang lain.

Untuk tini, selamat hari guru.. teruskan perjuangan demi kecemerlangan anak-anak bangsa yang bermaruah..

hanees sabri said...

I'm so touched reading your post, as much i can i'll do so!i'm proud of yourself having that thought and most important you delivered! its very nice to see more contribution from others in various form, you have done a great job, d greatest on d earth!!! TQ From your big bro.

WS Zuriati said...

thanks to my big bro (from sweet candy blog).